Selasa, 31 Oktober 2017

PENDAPATAN HIBAH TABUNG HAJI 2017

Berapakah jangkaan jumlah kadar pendapatan peratus % BONUS Tabung Haji TH 2017???

A.    3.5% + 1.0%
B.    4.0% + 1.2%
C.   6.25% + 3%
D.   5.5% + 2.5%
E. Tiada satu pun diatas



BUAT WARGA RAWANG & 1MSIA!!!
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Sesiapa yg TERINGINKAN khasiat minuman SUSU KAMBING...

Jadikan minuman HARIAN anda sekeluarga...

"Susu Kambing (TEPUNG) Asli MYLO, mengapa bayar lebih utk dptkn khasiat yg sama?"...

Blog;
--------------------------------
http://resepibakjet.blogspot.my
--------------------------------


Dptkn bekalan anda di:
COD: Bdr Country Homes, Rawang
POS: Gedex




Watsap:
1) http://60132264636.wasap.my/
atau
2) https://www.wasap.my/60108373746

RESEPI BAJET - AYAM MASAK LADA HITAM

Hari ini kita cuba try tengok resepi bajet ni plak. Senang kot nak masak. Belanje pun ciput kan...
Ok, jom tengok apa yang patut!!!

Bahan-Bahan: (5 orang)

7 ketul ayam

1 ulas bawang merah – diblend
1 ulas bawang putih – diblend
1 inci halia – diblend
1 senduk sos lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos BBQ
1 1/2 gelas air
Garam, serbuk perasa dan gula
Minyak masak untuk menumis


Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan sos lada hitam sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, sos BBQ dan air. Kacau hingga sekata.
3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api & tutup tudung kuali selama 15minit.

8. Siap untuk dihidangkan.














P/S: Sesambil masak,
dengarlah lagu cover Dahsyat Modjo ni:

http://www.joox.com/common_redirect.html?page=ksong_production&id=KWORK_2_110776466_1509336953098&lang=ms&backend_country=my

Isnin, 30 Oktober 2017

RESEPI BAJET – AYAM MASAK KURMA


Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 45 Minit

Jumlah Hidangan : 7-8 orang makan
Bahan-Bahan:
·         1/2 kg ayam
·         2 sudu besar rempah kurma ayam
·         bahan tumis (bawang merah, bawang putih, halia)
·         1 senduk susu cair
·         1/2 biji bawang besar (dipotong 4)
·         1 ½ gelas air sebagai kuah

Bahan untuk dikisar:
·         1 ulas bawang putih*
·         1 biji bawan merah*
·         2 cm halia*


Cara Penyediaan:
1.    Panaskan minyak
2.    Masukkan bahan kisar dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
3.    Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
4.    Masukkan air, apabila sudah mendidih, masukan susu cair
5.    Kacau sebati dan biarkan mendidih

6.    Masukkan bawang hiris tadi, garam, serbuk perasa & gula secukupnya

Ayam masak kurma!


RESEPI BAJET - LAKSA GORENG

Time2 musim hujan2 nie tekak rasa mcm nak makan menu yang rare jer. Fikir punya fikir, laksa jerlah... Tapi nak goreng jer. Baru rare iyea idok? Ok! Jom kita mulai...

Bahan-bahan

1 bungkus – Laksa siap rebus
1 ulas – Bawang Putih
1 ulas – Bawang Merah
1 ulas – Halia
3 sudu besar – Kicap Manis
2 sudu besar – Sos Tiram
2 biji – Telur
1 keping - Burger dicincang


Cara-cara

1. Tumis bawang putih, bawang merah & halia yg tlh dikisar dgn sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan burger cincang dan pastikan ianya masak, masukkan telur .
3. Masukkan kicap, sos tiram dan gaul sehingga sebati.
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5. Sedikit bawang merah yg dihiris & kacau sebentar sehingga masak.

SIAP!!! LAKSA GORENG...

Ahad, 29 Oktober 2017

RESEPI BAJET - MASAK SARDIN TIN

Minggu nie tingin nak makan lauk sardin jer. Beli 2 tin brand 777 (murah RM3.00setin). Mmg plan pun nak masak yang bajet2 jer kot... So saya bagi gambor sardin yang siap masak nie dulu yea... Layan...


BAHAN-BAHAN

  1. Sardin 2 tin
  2. Bawang Besar, Bawang Putih, Halia semua 1 biji (Blend)
  3. Terung yang pendek 4 biji
  4. Bawang Besar setengah (hiris)
  5. Black Pepper sikit
  6. Air 1 tin setengah
  7. Garam, Gula, Serbuk Perasa & Asam Keping sesedap rasa


CARA MEMASAK


  • Tumis bahan blender tadi sampai naik bau harum & masuk sos black pepper
  • Masuk sardin & air masak sampai mendidih
  • Bubuh bahan nombor 7 dan kacau slow2 kecik api dapur
  • Masukkan bahan 3 & 4 tutup kuali api slow biar dalam 10 minit
  • Setel dan sedia untuk hidangan

SENANG & BAJET!!!

SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MSIA


Jom ramai2 sertai Family Walk sempena Sambutan Bulan Keluarga​ Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M)
🚶🚶🏻‍♀🚶🚶🏻‍♀🚶🚶🏻‍♀🚶

2.30 ptg - 6.00 ptg (datang awal boleh join aktiviti di booth yang bermula jam 10.00 pg)
     
4 November 2017
       (Sabtu)

Taman Metropolitan, Kepong.

➡Pelbagai Aktiviti:

✔Pelukan 10 saat bersama Family masing2

✔Tiup belon

✔Tari terapi

✔Persembahan Layang2

✔Lucky Draw

✔Kuiz

✔Photobooth

✔Ekofamili

✔Food truck

➡Macam maner nak join,mudah jer:

✅1) Nama seorang wakil/ketua  keluarga
✅2) No telefon wakil keluarga
✅3)  Maksimum 5 orang sekeluarga
✅# Bilangan ahli ni termasuk ketua/wakil keluarga.

🆓 Penyertaan PERCUMA!!!!!

🗓 Penyertaan dibuka sehingga 1 November 2017. Daftar segera kerana penyertaan terhad

Ada hadiah menanti anda...

BERMINAT

Layari
www.lppkn.gov.my

SEBARANG PERTANYAAN:

📞 03-26137555 ext.1602/13/14
🖥 nurulaini@lppkn.gov.my
🖥 fazrina@lppkn.gov.my

#Sayasayangkeluargasaya
#NEGARAKU_KeluargaBahagia_KPWKM
#BKK1M

MAHLIGAI CINTA



Dengan 2 kali lafaz maka sahlah Yasmin bergelar isteri kepada Omar Shariff pada tarikh keramat 17092017. Termeterai ikatan 2 sejoli,sama cantik sama padan walau berdiri tak sama tinggi...

Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan,
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami ucapkan.

Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati hidangan.

Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku,
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu...

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

MARUKU-MARUKU 1KOLUMPO

Wasernyer...
Boleh tak jumpa Muruku di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau dekat kelas kemahiran di hujung minggu 
Ada! Tapi kurang sangat Muruku di situ...

Kenapa Muruku jadi begitu??? 
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu...

Ayat lazim di mulut ialah Muruku malas dibuat
Nak harap mak-ayah saja membantu 
Terutama sekali anak dara atau anak teruna nombor satu
Tak habis-habis gaduh adik-beradik siapa tolong dulu 
pasal nak membuat Muruku...





Salam 1Kolumpo!!!

JUALAN:
*********
MARUKU Ikan, Bawang, Udang,
Ubi Pedas Kering, Ubi Pedas Basah, Ubi Lada Hitam & Kerepek Bawang
-RM15.00/COD sebukuh-
(Postage lain kira)

















Whatapps:
*******************
1-Celcom) http://60132264636.wasap.my/
atau
2-OneXOX) https://www.wasap.my/60108373746

Sabtu, 28 Oktober 2017

SUAMI PILIHANKU

Kisah perkenalanku dengan Mr Misteri yang akhirnya menjadikah suamiku???...

Pernahkah terlintas di fikiran anda semua wahai perempuan diluar sana atau lebih tepat lagi kepada gadis-gadis yang berusia tapi masih belum bertemu jodoh sedangkan usia menjangkau 30? Lelaki itu akan datang kepada kita dengan kita berdoa, berdoa dan terus berdoa kpdNya tanpa mengira masa dan dimana saja kita berada.

Orang kata cinta monyet itu indah n menggembirakn. Entahlah cuma bg insan yg mengalaminya sj akn tau kebenarannya. Akn lbh indah dan lbh bhgia apabl jodoh dipnjgkn dgn perkahwinan dan hidup bhgia selamanya... Semuanya kuasa Allah, kita hanyalh makhluk yg merancang dan sebaik2 perancang Allah Subhana Taala.

      Bagi dr ini jg rasa bertuah dikurniakan perasaan itu diperinkat sklh rendah tp skjp shj ats faktor usia. Selepas itu sklh menengah pl. Aku bknlh budak nakal tp slps kegagalan pertama dl membuatkn aku anti lelaki dan jg kongkongan keluarga lbh2 lg kakakku lg pl aku bersekolah agama. Aku berterima kasih kpd kedua org tuaku menyekolahknku disitu. Mk blh diktkn aku terselamat dan jauh dr anasir jahat sdgkn pd ms itu aku jg berkawan dgn kawan yg jahat jg hatta sedaraku sendiri pn turut terjebak dgn anasir jahat ini. Aku tak taula adakh perasaan aku anugerah atau hasutan syaitan tp sepnjg perkenaln kami tak pernah keluar dating spt org lain,hanya memandang dan senyum dr jauh jg kebetulan ada posmen menyampaikn salam dan surat cinta meluahkn isi hatinya. Drnya agk berumur dan mengharapkn kata putus drku. Aku akui dia romantis n ada imannya tp aku masih muda, byk lg yg hendak dikejar dan dicari dlm hidup ini. Kami berpisah tanpa sengketa,tanpa pamitan.

Lbh kurg 12 thn yg lepas, sekitar tahun 2005 atau lbh tepat lg pd akhir bulan Januari itu aku dilamar sendiri oleh arwah ibu mertuaku yg br je ku kenali dgn tepat lbh kurg setahun. Umurku 28thn dan blh dikatakn semua kwn2 yg satu sklh menengah dah pun berkahwin dan sdh mempunyai 2@3 org ank. Bukannya tak nak berkahwin ataupn memilih,tp ms tu belum lg bertemu jodoh.

Aku ada mengenali seorg lelaki ni yg bertahun jg ku kenal,bayagkn dr thn 1995 lg ku kenal dia, krnya dh tau hati budi masing2 tp tak pernah mengucapkn kata cinta atau sayg dimn setiap perempuan inginkn tp berbeza ngn mamat sorg ni. Dia dingin sekali atauku yg slh anggap dgnnya. Aku saygkn dia tp dr jauh terpaksa ku pendamkn sj perasaanku itu kerna semestinya perempun ini tebal ngn sifat malu & segan. Aku jg tak nak dikatakn hidung tak mancung, pipi tersorong2 krn dia tak pernah meluahkn isi hatinya takknlh aku pl nk melebih2. Dlm perkenalan itu pn aku byk mengalah dan dia pernah tinggalkn aku terkapai2 tanpa khabar berita selama bbrp bulan jg mungkin menjangkau ke tahun tp aku ini yg bodoh & masih saygkn dia ms tu menebalkn muka mencari n menyambung kembali hubungan yg retak menanti belah. Akhirnya sekali lg aku ditinggalkn,maka berakhirlah sebuah hubungan dgn insan bergelar lelaki yg byk memberi dorongan dan sokongan moral selama ini kepada aku. Doaku moga dia bhgia dan berjaya dalam apa jua yg dia lakukan.

     Selepas itu ada lg datang jodoh tp yg ini saudara kpd saudaraku sendiri, mudah cerita datang pl rombongan meminang konon utk mengeratkn hubungan silaturrahim sesama keluarga tp ku sangka panas berpanjangan, rupanya gerimis ditengah hari. Orang kata kita tak boleh terlampau seronok sbbnya kita akn kecewa. itulah yg terjadi kpd diri ini, Yalah umur dah lanjut,mak ayah mesti risau ank daranya belum ada yg berpunya. Dlm mengenali bakal sedara yg ini pun sekali lg diibaratkn aku ini hidung tak mancung pipi tersorong2. Akhirnya aku  jg mendapat tau yg sbnrnya bakal ibu mertuaku pd ms itu menginginkn menantu yg makan gaji dgn kerajaan bknnya guru ganti@sandaran (kerjaku pd ms itu). Lama kelamaan kisah itu berakhir juga.

Aku pasrah dan reda dgn ketentuan Ilahi kpd dr ini, insan yg kerdil dan sentiasa lemah. Sesungguhnya segalanya tlh ditentukn olehNya dr azali lg. Berdasarkn inilh aku meneruskn hidup didunia ini tanpa memikrkn sgt akn jodoh ini. Aku menepis dan mengelak sgl pertanyaan dr insan2 yg kurg mengerti dan jg ambil berat akn dr ini. Trm kasih mendoakn dr ini yg akhirnya bertemu jodoh dgn mamat yg langsung tak terlintas di kepala  dan minda ini.

Allah itu Maha Adil jg Penyayang kpd hambaNya. Aku bersyukur sangat2 kpdMu Ya Tuhanku kerna akhirnya menemuknku akn jodohku dan memanjgkn jodoh kami stlh mengharungi pelbagai rintangn dr diri kami sendiri. Perkenalan dgn ibu mertuaku yg hanya memakan ms bbrp bln shj menemuknku dgn suamiku sekarg. Pd mlnya tujuanku hanya ingin menziarah makcik sedaraku yg br lps melahirkn anknya yg terakhir iaitu yg ke6, takku ku duga ada yg menilai diri ini dari dalam tanpaku menyedari, walhal aku dkt sgt dgn ibu kpd makcikku itu.

Prenah tak anda disoal begini (ENGKAU TAK NK KAHWIN KE?)

Agk2 apa perasaan anda,ya? Terkedu aku dibuatnya... Dahlah kita br kenal dgn org tua tu lps tu tiba2 ditanyanya kita dgn soalan mcm tu. Ats rasa hormat aku menjawab sejujurnya dgn menyatakn bknnya tak nk kahwin tp dh tak der org nk, mcmn nk kahwin? Maka bermulalah sesi sang ibu menawarkn jodoh utk anknya. Aku meminta masa dgn alasan mahu membincangkn hal ini dgn ke2 org tuaku, kebetulan cuti aku diluluskn. Buat pertama kali aku mengenali bakal suamiku stlh diperkenalkn oleh ibu mertuaku. Almaklumla org bandar, sporting giler,aku jg yg malu tp mahu...

Aku balik kekampung dgn tujuan mahu berfikir semasaknya dan jg membincangkn hal ini dgn ke2 org tuaku jg kakakku. Nasib baik mak ayah tak banyak soal, kakakku tak bersetuju pd mlnya dgn alasan jauh n bkn org sekampung tp aku lbh rela org jauh dr org sekampung yg menyakitkn hati. Alhamdulillah mak ayah setuju krn pd mlnya aku gusar dan risau mereka menolak lg jodoh ku ini krn dl aku ada mengenali mamat diluar kampung. Dlm pd itu ibu mertuaku ada bertanya khabar n meminta kata putus dr keluargaku. Mcmn nak bg jawapan dlm ms pendek sedgkn kami br kenal beberapa minggu? Disamping mengrjakn istikharah ,aku jg meminta pandangn dr berbagai pihak termasuk sedaraku sendiri.

Jodoh tak kemana.Ikan dilaut, asam didarat, dlm periuk bertemu jua... Akhirnya kami bertunang sehari slps besday aku dan aku tkkn lp tarikh itu sampai bl2 pun. Yg special ms bertunag tu, kami tidak berjanji pn utk memakai bj yg sama .Sedar2 bl duduk sebelah sewaktu sesi bergambar, baju kami warna sedondon dan ramai yg membuat andaian kami sepakat sewaktu memilih warna pakaian kami sdgkn baju itu pd minit terakhir aku cari. Berterima kasih kpd kakakku kerna dia yg meminjamkn baju kahwinnya itu kpdku. Dlm bergembira itu, aku tau tunangku dan keluarganya bersedih disebbkn kehilangan bapanya yg pulang ke rahmatullah sebulan sebelum pertunangan kami. Aku sempat mengenali bapa mertuaku beberapa bulan sebelum kami bertunang.

Selepas lbh kurg 8 bln mengenali, kami buat keputusan utk berkahwin lg pl ats permintaan keluarga ke2 belah pihak. Tambahan aku jauh dr keluarga tp dekat dgn tunangku mcm2 blh jadi dgn darah manis jg dugaan semasa bertunang.Sudah 11 tahun kami bersama dgn pelbagai dugaan dan rintangan yg dilalui, kami bahagia dgn ank2 yg semakin membesar dan jg dugaan yg akn dihadapi nnt. Moga Allah permudahkn urusan kami dunia akhirat...


Dipagi yang dingin itu, aku disapa oleh seorang jejaka dan dia mendendangkan sebuah lagu utkku tatkala itu berubah musim kepada hujan. Rupanya, dialah SUAMI PILIHANKU...

Dengarkan lagu itu di link ini...
http://www.joox.com/node/ms_my/playksong?page=ksong_production&id=KWORK_2_110776466_1509189023429&lang=ms&backend_country=my

Jumaat, 27 Oktober 2017

MINECRAFT PE PORTAL





Minecraft PE permainan kegemaran masa kini. Video ini memaparkan cara-cara membina Portal. Lihat, belajar & cubalah... Guna tablet sahaja kot. Hope semuanya cubanyer... Chiow!!!!

KOLAM TOK WAN DI RAWANG





Korank,,, Di Teratak Tok Wan nie, korank boleh mandi-manda tau bawa famili dan kawan2. Masuk pun tak mahal, mandi sampai lebam. Air kolam nie air terjun punya bukan paip tau, sejuk doww... Nak sewa homestay pun boleh jer kat sini, tara hal punya. Carilah nanti Teratak Tok Wan.

Khamis, 26 Oktober 2017

KUNCI-KUNCI HATI & JIWA




RESEPI BAJET - ASAM PEDAS PARI

Hari ini saya nak kongsikan resepi asam pedas BAJET. Sesuai dengan fulus yang korank yang selalu tak ada... Resepi ni sesuai utk ombujang laki ke pompuan ke atau mak2 atau pak2 yang rasa tingin nak makan Asam Pedas Pari ke, Ayam ke, Daging ke, Ikan ke apa2 je lah yang BAJET.

Ini contoh Asam Pedas Pari yang dah setel masak stail BAJET.













Tapi Pari mahal woo... Korank tukar lar Ayam, murah skit. Klu nak lagi murah korang beli ikan longgok. Klu rasa mahal gak ikan, korank duk diam2 baca, tengok dan belajar...

Ok, bahan2 nak masak nie simple jer. 


Korank beli:
1) Bawang Besar 3 biji (blend/tumbuk)
2) Bawang Putih 1 labu (blend/tumbuk)
3) Halia 1 jari ibu (blend/tumbuk)
4) Cili Boh 1 peket (pakai 2 senduk)
5) Asam Jawa/Asam Gelugor/Asam Jawa/Cuka (korank bajet2 lar nak masam mcm mne)
6) Gula & Garam (sesedap rasa)
7) Air 1 gelas (tak cukup tambah)

Step dia:

1) Tumis pakai minyak masak benda2 yang blend/tumbuk tadi sampai naik bau & masukkan ciliboh. Masak benda2 tu sampai terbit minyak.

2) Masukkan air kacau2 sikit. Biar jap sampai mendidih. Pastu masuk lar pari tu atau pe bende lauk yang korank nak makan tuh.

3) Masukkan bahan 5) & 6), kacau2 sikit & rasa. Klu dah cukup ummpphhh! Agak2 dah empuk, hidang boleh ngap dah. Setel!!!

Senang jer kot... Korank try lar...