Sabtu, 28 Oktober 2017

SUAMI PILIHANKU

Kisah perkenalanku dengan Mr Misteri yang akhirnya menjadikah suamiku???...

Pernahkah terlintas di fikiran anda semua wahai perempuan diluar sana atau lebih tepat lagi kepada gadis-gadis yang berusia tapi masih belum bertemu jodoh sedangkan usia menjangkau 30? Lelaki itu akan datang kepada kita dengan kita berdoa, berdoa dan terus berdoa kpdNya tanpa mengira masa dan dimana saja kita berada.

Orang kata cinta monyet itu indah n menggembirakn. Entahlah cuma bg insan yg mengalaminya sj akn tau kebenarannya. Akn lbh indah dan lbh bhgia apabl jodoh dipnjgkn dgn perkahwinan dan hidup bhgia selamanya... Semuanya kuasa Allah, kita hanyalh makhluk yg merancang dan sebaik2 perancang Allah Subhana Taala.

      Bagi dr ini jg rasa bertuah dikurniakan perasaan itu diperinkat sklh rendah tp skjp shj ats faktor usia. Selepas itu sklh menengah pl. Aku bknlh budak nakal tp slps kegagalan pertama dl membuatkn aku anti lelaki dan jg kongkongan keluarga lbh2 lg kakakku lg pl aku bersekolah agama. Aku berterima kasih kpd kedua org tuaku menyekolahknku disitu. Mk blh diktkn aku terselamat dan jauh dr anasir jahat sdgkn pd ms itu aku jg berkawan dgn kawan yg jahat jg hatta sedaraku sendiri pn turut terjebak dgn anasir jahat ini. Aku tak taula adakh perasaan aku anugerah atau hasutan syaitan tp sepnjg perkenaln kami tak pernah keluar dating spt org lain,hanya memandang dan senyum dr jauh jg kebetulan ada posmen menyampaikn salam dan surat cinta meluahkn isi hatinya. Drnya agk berumur dan mengharapkn kata putus drku. Aku akui dia romantis n ada imannya tp aku masih muda, byk lg yg hendak dikejar dan dicari dlm hidup ini. Kami berpisah tanpa sengketa,tanpa pamitan.

Lbh kurg 12 thn yg lepas, sekitar tahun 2005 atau lbh tepat lg pd akhir bulan Januari itu aku dilamar sendiri oleh arwah ibu mertuaku yg br je ku kenali dgn tepat lbh kurg setahun. Umurku 28thn dan blh dikatakn semua kwn2 yg satu sklh menengah dah pun berkahwin dan sdh mempunyai 2@3 org ank. Bukannya tak nak berkahwin ataupn memilih,tp ms tu belum lg bertemu jodoh.

Aku ada mengenali seorg lelaki ni yg bertahun jg ku kenal,bayagkn dr thn 1995 lg ku kenal dia, krnya dh tau hati budi masing2 tp tak pernah mengucapkn kata cinta atau sayg dimn setiap perempuan inginkn tp berbeza ngn mamat sorg ni. Dia dingin sekali atauku yg slh anggap dgnnya. Aku saygkn dia tp dr jauh terpaksa ku pendamkn sj perasaanku itu kerna semestinya perempun ini tebal ngn sifat malu & segan. Aku jg tak nak dikatakn hidung tak mancung, pipi tersorong2 krn dia tak pernah meluahkn isi hatinya takknlh aku pl nk melebih2. Dlm perkenalan itu pn aku byk mengalah dan dia pernah tinggalkn aku terkapai2 tanpa khabar berita selama bbrp bulan jg mungkin menjangkau ke tahun tp aku ini yg bodoh & masih saygkn dia ms tu menebalkn muka mencari n menyambung kembali hubungan yg retak menanti belah. Akhirnya sekali lg aku ditinggalkn,maka berakhirlah sebuah hubungan dgn insan bergelar lelaki yg byk memberi dorongan dan sokongan moral selama ini kepada aku. Doaku moga dia bhgia dan berjaya dalam apa jua yg dia lakukan.

     Selepas itu ada lg datang jodoh tp yg ini saudara kpd saudaraku sendiri, mudah cerita datang pl rombongan meminang konon utk mengeratkn hubungan silaturrahim sesama keluarga tp ku sangka panas berpanjangan, rupanya gerimis ditengah hari. Orang kata kita tak boleh terlampau seronok sbbnya kita akn kecewa. itulah yg terjadi kpd diri ini, Yalah umur dah lanjut,mak ayah mesti risau ank daranya belum ada yg berpunya. Dlm mengenali bakal sedara yg ini pun sekali lg diibaratkn aku ini hidung tak mancung pipi tersorong2. Akhirnya aku  jg mendapat tau yg sbnrnya bakal ibu mertuaku pd ms itu menginginkn menantu yg makan gaji dgn kerajaan bknnya guru ganti@sandaran (kerjaku pd ms itu). Lama kelamaan kisah itu berakhir juga.

Aku pasrah dan reda dgn ketentuan Ilahi kpd dr ini, insan yg kerdil dan sentiasa lemah. Sesungguhnya segalanya tlh ditentukn olehNya dr azali lg. Berdasarkn inilh aku meneruskn hidup didunia ini tanpa memikrkn sgt akn jodoh ini. Aku menepis dan mengelak sgl pertanyaan dr insan2 yg kurg mengerti dan jg ambil berat akn dr ini. Trm kasih mendoakn dr ini yg akhirnya bertemu jodoh dgn mamat yg langsung tak terlintas di kepala  dan minda ini.

Allah itu Maha Adil jg Penyayang kpd hambaNya. Aku bersyukur sangat2 kpdMu Ya Tuhanku kerna akhirnya menemuknku akn jodohku dan memanjgkn jodoh kami stlh mengharungi pelbagai rintangn dr diri kami sendiri. Perkenalan dgn ibu mertuaku yg hanya memakan ms bbrp bln shj menemuknku dgn suamiku sekarg. Pd mlnya tujuanku hanya ingin menziarah makcik sedaraku yg br lps melahirkn anknya yg terakhir iaitu yg ke6, takku ku duga ada yg menilai diri ini dari dalam tanpaku menyedari, walhal aku dkt sgt dgn ibu kpd makcikku itu.

Prenah tak anda disoal begini (ENGKAU TAK NK KAHWIN KE?)

Agk2 apa perasaan anda,ya? Terkedu aku dibuatnya... Dahlah kita br kenal dgn org tua tu lps tu tiba2 ditanyanya kita dgn soalan mcm tu. Ats rasa hormat aku menjawab sejujurnya dgn menyatakn bknnya tak nk kahwin tp dh tak der org nk, mcmn nk kahwin? Maka bermulalah sesi sang ibu menawarkn jodoh utk anknya. Aku meminta masa dgn alasan mahu membincangkn hal ini dgn ke2 org tuaku, kebetulan cuti aku diluluskn. Buat pertama kali aku mengenali bakal suamiku stlh diperkenalkn oleh ibu mertuaku. Almaklumla org bandar, sporting giler,aku jg yg malu tp mahu...

Aku balik kekampung dgn tujuan mahu berfikir semasaknya dan jg membincangkn hal ini dgn ke2 org tuaku jg kakakku. Nasib baik mak ayah tak banyak soal, kakakku tak bersetuju pd mlnya dgn alasan jauh n bkn org sekampung tp aku lbh rela org jauh dr org sekampung yg menyakitkn hati. Alhamdulillah mak ayah setuju krn pd mlnya aku gusar dan risau mereka menolak lg jodoh ku ini krn dl aku ada mengenali mamat diluar kampung. Dlm pd itu ibu mertuaku ada bertanya khabar n meminta kata putus dr keluargaku. Mcmn nak bg jawapan dlm ms pendek sedgkn kami br kenal beberapa minggu? Disamping mengrjakn istikharah ,aku jg meminta pandangn dr berbagai pihak termasuk sedaraku sendiri.

Jodoh tak kemana.Ikan dilaut, asam didarat, dlm periuk bertemu jua... Akhirnya kami bertunang sehari slps besday aku dan aku tkkn lp tarikh itu sampai bl2 pun. Yg special ms bertunag tu, kami tidak berjanji pn utk memakai bj yg sama .Sedar2 bl duduk sebelah sewaktu sesi bergambar, baju kami warna sedondon dan ramai yg membuat andaian kami sepakat sewaktu memilih warna pakaian kami sdgkn baju itu pd minit terakhir aku cari. Berterima kasih kpd kakakku kerna dia yg meminjamkn baju kahwinnya itu kpdku. Dlm bergembira itu, aku tau tunangku dan keluarganya bersedih disebbkn kehilangan bapanya yg pulang ke rahmatullah sebulan sebelum pertunangan kami. Aku sempat mengenali bapa mertuaku beberapa bulan sebelum kami bertunang.

Selepas lbh kurg 8 bln mengenali, kami buat keputusan utk berkahwin lg pl ats permintaan keluarga ke2 belah pihak. Tambahan aku jauh dr keluarga tp dekat dgn tunangku mcm2 blh jadi dgn darah manis jg dugaan semasa bertunang.Sudah 11 tahun kami bersama dgn pelbagai dugaan dan rintangan yg dilalui, kami bahagia dgn ank2 yg semakin membesar dan jg dugaan yg akn dihadapi nnt. Moga Allah permudahkn urusan kami dunia akhirat...


Dipagi yang dingin itu, aku disapa oleh seorang jejaka dan dia mendendangkan sebuah lagu utkku tatkala itu berubah musim kepada hujan. Rupanya, dialah SUAMI PILIHANKU...

Dengarkan lagu itu di link ini...
http://www.joox.com/node/ms_my/playksong?page=ksong_production&id=KWORK_2_110776466_1509189023429&lang=ms&backend_country=my

1 ulasan:

  1. Dengarkan lagu itu di link ini...

    http://www.joox.com/common_redirect.html?page=ksong_production&id=KWORK_2_110776466_1509189023429&lang=ms&backend_country=my

    BalasPadam